Input your search keywords and press Enter.

Tak Padan dengan Tua

M Update, 19/2/2019 – Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan seorang lelaki warga emas dan merampas air ketum dan ubat batuk bernilai RM3,000, semalam.

Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya di Kuala Sanglang, Kuala Perlis, jam 11.30 pagi. Serbuan sepasukan PPM dalam rondaan Op Landai itu menemui 170 liter air ketum yang diisi dalam 17 botol.

72 botol ubat batuk turut dirampas dalam sebuah bilik dalam rumah terbabit.

Suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply