Input your search keywords and press Enter.

BNM Lancar Perang Jenayah Siber

Teknologi dunia yang semakin maju telah memberi banyak kelebihan dalam segala sektor akan tetapi ia telah mewujudkan dan meningkatkan jenayah siber yang memberi ancaman kepada negara. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Amirudin Abdul Wahab, berkata lebih 10,000 kes jenayah siber dilaporkan pada 2018 dan daripada jumlah ini, lebih separuh kes membabitkan penipuan siber, bernilai berjuta-juta ringgit

Sumber FB Page Ringgit & Sen

Oleh itu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan melancarkan dasar Pengurusan Risiko Dalam Teknologi pada Jun tahun ini bagi menyediakan garis panduan, terutama bagi institusi kewangan dalam memerangi peningkatan jenayah siber. Daripada dasar ini, ia dapat membanteras aktiviti jenayah siber daripada terus berleluasa dan BNM berharap ia dapat menangani kes jenayah penipuan ini.

Ujar Amirudin, menerusi dasar keselamatan siber negara, 10 sektor dikenal pasti sebagai infrastruktur maklumat nasional yang kritikal, termasuk kerajaan, pertahanan dan keselamatan, kewangan dan perbankan serta pengangkutan. Ini bermakna jika terdapat serangan besar ke atas mana-mana sektor ini, ia boleh menjejaskan keselamatan, ekonomi dan sosial negara,

Ancaman ini boleh berlaku dalam bentuk teknikal dan bukan teknikal, namun yang penting, ancaman itu tidak seharusnya berada pada tahap yang akan menjejaskan operasi perniagaan sektor yang disebutkan. Oleh itu, CyberSecurity Malaysia akan menjalankan kursus dan program untuk meningkatkan bilangan bakat siber di negara ini.

 Sumber – Bernama

Leave a Reply