Input your search keywords and press Enter.

Britain digesa lucut kerakyatan isteri Assad

M Update, 20/2/2019 – Seorang ahli parlimen (MP) Britain terkenal menggesa Asma Assad, isteri Presiden Syria, Bashar al Assad, dilucutkan kerakyatan United Kingdom (UK) yang dipegang wanita itu.

Jurucakap hal ehwal luar parti haluan tengah, Liberal Demokrat, Tom Brake, menulis kepada Setiausaha Dalam Negeri, Amber Rudd, menggesa beliau menggunakan kuasanya untuk melucutkan kerakyatan Asma selepas tulisan di media sosial menyokong rejim suaminya.

“Wanita pertama Syria bertindak bukan sebagai warga negara persendirian, namun jurucakap Presiden Syria. Boris Johnson menggesa negara lain melakukan lebih lagi untuk Syria, namun kerajaan British boleh mengatakan kepada Asma Assad, sama ada berhenti menggunakan kedudukan anda untuk mempertahankan tindakan kejam atau dilucutkan kerakyatan,” kata Brake dipetik akhbar harian The Gurdian.

Asma menggunakan media sosial untuk menyokong kepimpinan suaminya selepas kecaman global terhadap dakwaan penggunaan senjata kimia oleh rejim Assad terhadap rakyatnya.

Asma menulis mesej: “Presiden Republik Arab Syria mengesahkan, apa yang Amerika lakukan adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang bukan hanya mencerminkan pandangan singkat, sempit, buta politik dan ketenteraan serta usaha naif terhadap kempen propaganda palsu.”

MP Konservatif, Nadhim Zahawi turut menyertai gesaan melucutkan kerakyatan British Asma, menggelar beliau ‘sebahagian mesin propaganda yang melakukan jenayah perang.’

Asma lahir dan dibesarkan di ibu kota ini oleh ibu bapa berbangsa Syria dan meninggalkan UK pada 2000 untuk menetap di negara itu selepas berkahwin dengan Assad. -Agensi, BH Online

Leave a Reply