Input your search keywords and press Enter.

Elaun anggota Rela naik RM2 sejam

M-Update,20/2/2019, PUTRAJAYA. – Kerajaan bersetuju menaikkan elaun anggota Rela sebanyak RM2 sejam mengambil kira kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, elaun anggota biasa akan dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam dan pegawai pula daripada RM7. 80 kepada RM9. 80 sejam.

Beliau berkata, kenaikan itu dijangka membabitkan pertambahan peruntukan sebanyak RM10 setahun dan akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.”Kita akan mulakan seberapa segara untuk saya sendiri hantar surat sokongan kepada Menteri Kewangan dan harap dapat diluluskan.

“Kalau lulus tahun ini pun bagus. Kalau dia kata tak boleh tahun ini kerana bajet telah ditetapkan kita minta mungkin tahun depan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau sebelum itu melancarkan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-47 Rela peringkat kebangsaan di Auditorium Kementerian Dalam Negeri di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Aziz Jamman; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya Rela, Zulkifli Abidin.Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, peranan lebih tiga juta anggota Rela semakin penting dan skop tugas mereka boleh dikaji bagaimana ia boleh ditingkatkan. – UTUSAN

Leave a Reply