Input your search keywords and press Enter.

Untuk pandu uji je…

M Update, 20/2/2019 – DUA kereta model Honda Civic Type R tular di media sosial yang didakwa bakal digunakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya adalah untuk dipandu uji.

Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa berkata, kenderaan terbabit diberikan syarikat berkenaan sebagai pinjaman untuk dipandu uji.

“Ia adalah cadangan daripada syarikat terbabit untuk pasukan PDRM memandu uji kenderaan berkenaan.

“Kenderaan terbabit diberikan untuk tujuan penilaian teknikal bagi melihat kesesuaian kegunaan pasukan penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini. Tajudin berkata, syarikat berkenan memberikan tempoh selama tiga hingga enam bulan bagi melihat kemampuan daripada segi teknikal untuk kesesuaian penggunaan pasukan PDRM.

“Selepas tempoh itu, kenderaan terbabit akan diserahkan semula kepada syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang kos,” katanya. Jentera yang juga mendapat jolokan nama FK8R ini dikuasakan enjin 2.0 liter VTEC Pengecaj Turbo yang menjanjikan kuasa maksimum 310PS pada 6,500 rpm, manakala tork maksimum pula hingga 400Nm pada 2,500 rpm hingga 4,500 rpm.

Untuk pasaran negara ini, Honda Civic Type R ini dijual pada harga RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan. Model terbaru keluaran Honda dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini untuk menawarkan semangat perlumbaan DNA Honda.

Sumber : HM Online

Leave a Reply