Input your search keywords and press Enter.

20 Peratus Diskaun KTM

M Update, 21/2/2019 – Untung pengguna komuter, senyum sampai ke telinga kerana mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk meluluskan diskaun tambang sebanyak 20 peratus kepada penumpang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter bermula 1 April 2019.

Diskaun itu melibatkan lima jajaran perjalanan perkhidmatan tersebut iaitu Pelabuhan Klang – Tanjung Malim, Batu Caves – Seremban, Padang Rengas – Butterworth, Butterworth – Padang Besar dan Sungai Gadut – Tampin.

Penumpang yang melakukan pembayaran secara tanpa tunai yang sebelum ini telah memperoleh diskaun sebanyak 20 peratus turut mendapat tambahan pengurangan harga sama sekaligus menjadikan pengurangan tambang 40 peratus.

Pengurangan kadar tambang ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat menggunakan perkhidmatan itu secara harian.

Diskaun tersebut diberikan tempoh setahun dan ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 94,000 penumpang di kelima-lima jajaran perjalanan setiap hari.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply