Input your search keywords and press Enter.

Kabinet lulus hutang RM1 bilion Sarawak

M-Update,21/2/2019, KUCHING: Jemaah Menteri semalam telah meluluskan dan bersetuju hutang RM1 bilion kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk membaik pulih sekolah daif di negeri itu. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan semalam berkata, keputusan itu susulan daripada persetujuan di antara beliau dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika lawatannya ke Kuching.

Menurut kenyataan itu, dengan kelulusan berkenaan, ia akan memberi manfaat kepada 436,000 murid di Sarawak. Kabinet juga telah bersetuju agar projek ini dipantau rapi untuk memastikan wang RM1 bilion yang akan digunakan nanti benar-benar digunakan secara efisien dan memberi manfaat kepada semua anak murid dan warga guru di sekolah yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas yang akan dianggotai oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus yang bersih dan proses yang telus dapat dilaksanakan.“Di peringkat perlaksanaan pula, Jabatan Kerja Raya Sarawak akan ditugaskan sebagai agensi pelaksana,” katanya. – BERNAMA


Leave a Reply