Input your search keywords and press Enter.

MOF permudah permohonan BSH 2019

Ramai yang mengeluh dengan syarat rumit yang diletakkan oleh kerajaan dalam mendapatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) . Oleh itu, Kementerian Kewangan (MoF) bertindak secara segera dengan memudahkan lagi proses pendaftaran BSH 2019.


MoF memaklumkan tiga langkah telah diambil bagi memastikan Program BSH 2019 berjalan dengan lancar iaitu :

i. Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja.

ii. Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib, dan

iii. Bagi pemohon BSH berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.

Walau bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan setiap permohonan. Pihak Kementerian Kewangan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika terdapat kesulitan dalam menyempurnakan permohonan untuk BSH 2019

Tempoh pendaftaran atau pengemaskinian BSH 2019 telah dibuka mulai 1 Februari hingga 15 Mac 2019.

Sumber – Utusan




Leave a Reply