Input your search keywords and press Enter.

Sanggup Bunuh Diri

M Update, 21/2/2019 – Tak pernah serik! Tiga pelacur dipercayai wanita warga Thailand sanggup membahayakan diri keluar melalui tingkap di tingkat satu sebuah bangunan di Setapak, Kuala Lumpur dalam usaha melarikan diri selepas premis rumah urut itu diserbu.

Seorang daripadanya cedera selepas nekad terjun dari bangunan itu sebelum melarikan diri, manakala dua lagi wanita berjaya dicekup susulan tindakan pantas pihak berkuasa.

Rata-rata premis rumah urut di sekitar Platinum Walk, Setapak itu terus menjadi lokasi kegiatan pelacuran dan mereka didapati tidak serik mengulangi kegiatan itu walaupun sudah diserbu beberapa kali.

Selaiin itu, 13 pusat urut juga dipercayai menawarkan khidmat seks. Semua premis berkenaan tidak memiliki lesen dan siasatan juga mendapati mereka dipercayai menawarkan khidmat tidak bermoral (seks) dengan bayaran RM180.

Hasil serbuan itu, seramai 32 wanita warga asing dari Thailand, Vietnam dan Kemboja ditahan. Kebanyakan premis terbabit beroperasi sejak 2017 dan sudah beberapa kali dijalankan, namun masih berdegil menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply