Input your search keywords and press Enter.

10 Kawasan Dilanda suhu Panas

M update, 26/2/2019 – Suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius akan dialami 10 kawasan di Semenanjung selama tiga hari berturut-turut yang dikategorikan pada tahap satu iaitu dalam fasa berjaga-jaga.

Kemaskini status gelombang haba yang dimuat naik di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 11 pagi tadi menyatakan antara kawasan yang disenaraikan adalah di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).

Kawasan lain yang turut disenaraikan ialah di Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).

Bagi kawasan yang tidak berada di tahap satu, suhu harian maksimum bagi kawasan berkenaan dibawah 35 celcius.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta rakyat supaya berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Strok haba berlaku apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius berbanding suhu normal badan manusia kira-kira 37 celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu sawan, koma dan boleh membawa kematian.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply