Input your search keywords and press Enter.

Ajal Dirempuh Tayar Hantu

M Update, 26/2/2019 – Kelindan lori maut selepas dilanggar tayar yang dipercayai tercabut daripada treler di Kilometer (KM) 372.8 arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Slim River hari ini.

Ketika kejadian 5.20 pagi itu, mangsa, Abdul Rashid Abdul Rahman, 29, dikatakan keluar daripada lori muatan barang dapur yang dipandu rakannya berusia 30 tahun.

Mereka dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur, berhenti seketika di lorong kecemasan di kawasan itu untuk memeriksa bunyi di belakang kenderaan.

Mangsa keluar dahulu sebelum rakannya, tetapi sebuah tayar treler melambung ke arahnya dan menghentam dia. Tayar itu dipercayai tercabut daripada treler yang gagal dikesan dan bergolek menerusi celah antara penghadang besi.

Hentaman menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian, manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : harian Metro

Leave a Reply