Input your search keywords and press Enter.

Tak Suntik Tak Boleh Ke Sekolah

M Update, 26/2/2019 – Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini.

Sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia sudah membabitkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik.

Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia membabitkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia boleh berjangkit jika tersebar.

Kementerian Kesihatan mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.

Ketika ini, tidak menjadi satu kewajiban atau mandatori kepada kanak-kanak untuk divaksin sebelum dibenarkan masuk ke sesi persekolahan dan ia terpulang kepada pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan atau pengesahan lanjut.

Jika ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat kebenaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.

Jika tidak, anak mereka akan menyebarkan pelbagai penyakit kerana tidak divaksin sebelum ini. Jika masih lagi tidak mahu memberi kebenaran, maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika ada kematian melibatkan mana-mana pihak.

Cadangan supaya mewajibkan kanak-kanak yang ingin mendaftarkan diri di sekolah supaya mengemukakan rekod imunisasi adalah sangat bagus kerana ia boleh mengelakkan mereka menjadi ejen penyebar penyakit yang boleh dicegah.

Terdapat keperluan untuk mewujudkan undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunisasi di negara ini supaya ‘herd immunisation’ iaitu 95 peratus komuniti divaksin dapat dicapai.

Sumber : Bernama

Leave a Reply