Input your search keywords and press Enter.

Ajal Jatuh Tingkat Dua

M update, 27/2/2019 – Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat dua pangsapuri di Taman Mulia Jaya, Ampang, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, wanita berusia 64 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.

Mangsa ditemui penduduk dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima pangsapuri berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia menyedari kejadian selepas terdengar bunyi bising di tepi blok bangunan kediamannya.

Mangsa ditemui penduduk dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah yang kemudian memaklumkan kejadian kepada keluarga si mati dan pihak polis.

Wanita berkenaan tinggal di sebuah taman perumahan terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi pangsapuri ini.

Difahamkan dia datang ke pangsapuri ini untuk ke rumah anaknya yang tinggal di tingkat tiga, tetapi anaknya tiada di rumah kerana bekerja.

Menurut info, wanita terbabit mempunyai masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu dipercayai akibat mengalami tekanan perasaan. Wanita terbabit dipercayai memanjat tembok penghadang di kaki lima terbabit sebelum ditemui jatuh oleh penduduk.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply