Input your search keywords and press Enter.

Ditahan Ketika Pukat Ikan

M Update, 27/2/2019 – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan oleh PPM ketika sedang menjalankan Op Pensura selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di perairan Pulau Berhala, di Sandakan, semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek berusia 41 tahun ditahan ketika bersendirian memukat ikan menggunakan bot jongkong di perairan berkenaan.

Selain itu, lelaki itu juga mengemukakan pasport yang sudah tamat tempoh sebelum dia ditahan untuk tindakan lanjut.

Antara barang yang dirampas ialah bot jongkong, enjin sangkut jenis Yamaha 15 kuasa kuda dan pukat hanyut. Anggaran rampasan bernilai RM11,980 dan di bawa ke Markas PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply