Input your search keywords and press Enter.

Jepun bakal dilanda tsunami

M Update, 27/2/2019 – Sekumpulan penyelidik memberi amaran Jepun bakal dilanda gempa bumi kuat yang mengakibatkan kerosakan serta tsunami dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Lapor Mail Online memetik sekumpulan panel penganalisis kerajaan sebagai berkata risiko gempa bumi berskala antara 7 hingga 7.5 Richter yang melanda Jurang Jepun, luar pesisir pantai timur negara ini, adalah sebanyak 90 peratus.

Sewaktu membentangkan laporan berkenaan, pengerusi panel tersebut, Naoshi Hirata memberi amaran: “Kami mahu mengingatkan orang ramai bahawa gempa kuat dan tsunami akan melanda rantau ini sekali lagi.”

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply