Input your search keywords and press Enter.

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Bantu Usaha Bangunkan Negara

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah menyeru rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei sama-sama membantu dalam usaha membangunkan negara Malaysia. Usaha daripada golongan ini amat penting dalam usaha kerajaan baharu menunaikan manifesto di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Kerajaan sedar akan kritikan yang diterima terutamanya dalam menunaikan manifesto yang dibuat sebelum PRU14 tanpa mengetahui masalah hutang negara. Selain itu, rakyat Malaysia di Brunei terdiri daripada golongan profesional mempunyai kepakaran dan golongan ini sama-sama boleh membantu negara dari segi pembangunan. Kerajaan mengalu-alukan golongan ini dari segi sumbangan menerusi kepakaran, idea dan teguran.

Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Malaysia bekerja di negara Brunei, dan 10,000 daripada mereka adalah golongan profesional yang bertugas dalam sektor minyak dan gas, ahli perniagaan serta doktor.

Sumber ~ Bernama

Leave a Reply