Input your search keywords and press Enter.

Alim-Alim Kucing

M Update, 28/2/2019 – Kononnya pakai kopiah biar nampak alim, namun melencong masuk ‘port’ untuk hisap dadah.

Itu antara taktik digunakan penagih untuk mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa dengan menyamar baik kerana bimbang perbuatan mereka dihidu.

Malah, ada antara penagih yang sudah berusia memberi alasan kononnya mahu mencari anak mereka yang menghisap dadah di kawasan hutan bakau terbabit selepas port itu diserbu, semalam.

Bagaimanapun, semua alasan itu gagal mengaburi mata anggota polis yang menyerbu sarang penagih terbabit di Kampung Bakau Tua, Kuala Muda, di Kepala Batas.

Seramai 15 penagih berusia 20 hingga 60 tahun berjaya ditahan dalam serbuan bermula 3 petang itu

Polis telah merampas heroin seberat 23.9 gram dan ganja seberat 2.3 gram yang bernilai RM1048. Dadah itu adalah untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dijual kepada penagih dalam port terbabit.

Pemeriksaan air kencing mendapati semua suspek positif dadah dan mereka kini ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply