Input your search keywords and press Enter.

Bahaya Puntung Rokok

M Update, 28/2/2019 – Puntung rokok yang dibuang merata di kawasan mempunyai bahan mudah terbakar dikenalpasti menjadi antara tiga faktor penyumbang kepada kebakaran di Johor.

Slain itu aktiviti kebakaran tidak disengajakan itu turut dipengaruhi kebakaran tidak dikawal dan pembersihan kawasan ladang.

Didapati tiga faktor penyumbang kebakaran membabitkan kebakaran termasuk aktiviti pembakaran yang tidak dikawal dan pembersihan kawasan atau ladang.

Bahkan kebakaran tidak disengajakan seperti pembuangan puntung rokok dan bahan mudah bakar di kawasan yang mempunyai bahan mudah terbakar seperti kumpulan rumput dan daun kering menyumbang statistik kebakaran.

Sebanyak 1,443 kes kebakaran terbuka dilaporkan berlaku di seluruh negeri ini direkodkan berlaku sejak awal tahun hingga 26 Februari lalu.

Daripada jumlah kebakaran terbuka itu, kebakaran belukar merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 879 kes, diikuti kebakaran sampah (235 kes), kebun (188) dan hutan (141).

Johor Bahru, Kluang dan Muar merekodkan lokasi tertinggi menerima laporan kebakaran terbuka.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply