Input your search keywords and press Enter.

PETRONAS PRIMAX 95 DENGAN PRO-DRIVE JANJIKAN PEMANDUAN LEBIH LANCAR, JIMAT BAHAN API

Petronas telah melancarkan bahan api baharunya, Primax 95 dengan Pro-Drive yang didatangkan dengan ciri “Dual Friction Modifier” yang pertama di dunia. Kini, bahan api baharu ini telah pun dijual di semua stesen Petronas di seluruh negara mulai 29 Januari lalu.

Menurut Petronas, Primax 95 dengan Pro-Drive direka sepenuhnya di Malaysia sebelum turut diuji di Amerika Syarikat, malah telah melibatkan proses pembangunannya selama dua tahun. Ia juga telah menjalani begitu banyak proses ujian dalam pelbagai peringkat untuk memastikan kualitinya adalah lebih berbanding teknologi yang sebelum ini hanya menggunakan modifier tunggal.

Dalam paultan.org menyatakan bahawa Petronas telah melakukan ujian dengan menjemput pengguna merasai pengalaman prestasi dan merasai perbezaan antara Primax 95 terdahulu dengan yang diterapkan teknologi baharu ini. Antara ujian yang dilakukan adalah ujian perjalanan dari Batu Tiga,Shah Alam ke Ipoh,Perak.Sebanyak 15 buah kereta mengambil bahagian.

Dalam artikel tersebut juga Petronas meminta peserta mengosongkan tangki minyak apabila sampai di lokasi berkumpul ini kerana pihak Petronas akan mengisi minyak sebanyak 15 liter sahaja. Memandu di Lebuhraya Utara-Selatan dengan kelajuan sekitar 100-110 km/j dengan keadaan trafik yang normal. peserta juga tidak dimaklumkan sama ada bahan api Primax yang lama atau pun yang baharu. Hampir dua jam memandu, dengan jarak 200.1 km, peserta sampai di Ipoh. Meter bahan api menunjukkan ada lagi berbaki 60 km.

Untuk perjalanan kembali ke Shah Alam, sekali lagi setiap kereta diisi bahan api petrol sebanyak 35 liter. Untuk bahan api ini, pemanduan terasa lebih lancar, malah prestasi enjin juga lebih menguja. Enjin tak berapa bising, lebih cepat pick-up bermakna untuk melakukan pecutan atau pun memotong kenderaan, lebih terasa lancar, tidak seperti minyak yang digunakan dalam perjalanan pergi. Sampai semula ke Shah Alam, meter bahan api menunjukkan 230 km lagi jarak yang boleh pergi dengan baki minyak yang ada.

Setelah dilancarkan pada Januari lalu, barulah terbongkar mengenai teknologi yang digunakan oleh Primax 95 dengan Dual Drive yang dirumuskan bersama ciri “Dual Friction Modifier”. Menurut Petronas, bahan api baharu ini berkeupayaan mengurangkan geseran dalam enjin sebanyak 20% berbanding bahan api dengan modifier tunggal. Kesannya, enjin kenderaan menjadi lebih lancar dan responsif. Kedua, ia juga hadir dengan “Double Detergent” yang berupaya membersihkan sehingga 99% deposit karbon.

Selain itu, petrol baharu ini juga hadir dengan ciri anti-hakisan enjin yang kini menyediakan dua kali lebih perlindungan kepada enjin. Ujian dan pemerhatian Petronas ke atas kenderaan juga mendapati, tenaga bateri yang tersisa masih berbaki 2% berbanding penggunaan petrol biasa. Ia juga menggunakan kurang tenaga bateri dan bahan api bagi satu jarak perjalanan yang sama.

Perkara inilah yang cukup diperlukan oleh pengguna kita di Malaysia. Malah usaha yang dilakukan oleh Petronas untuk menghasilkan bahan api yang menepati keperluan dan pastinya terdorong dengan banyak kelebihan pastinya mudah menarik perhatian pengguna untuk memilihnya. Kombinasi prestasi enjin yang responsif, lancar dan penjimatan yang efisien, merupakan pakej yang dicari-cari oleh pemandu, apatah lagi dengan keadaan harga runcit bahan api yang ada perubahan boleh dikatakan saban minggu. Sudah pasti pengguna mencari dan memilih bahan api yang lebih bersesuaian dengan kondisi kereta dan poket mereka.

sumber:paultan.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *