Input your search keywords and press Enter.

Tahanan Larikan Diri

M Update, 28/2/2019 – Pihak berkuasa kini memburu seorang lelaki warga Indonesia yang melarikan diri dari tahanan di Depot Imigresen Machap Umboo, semalam.

Suspek Muhammad Reza Pahlevi yang ditempatkan di depot terbabit untuk tujuan perintah pengusiran, melarikan diri dari tahanan terbabit sekitar jam 9.30 pagi hingga 10.25 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata laporan kehilangan suspek dibuat pegawai kanan Jabatan Imigresen pada jam 5.50 petang semalam, selepas pihak terbabit cuba mencari suspek namun gagal ditemukan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang bimbang proses dokumentasi mungkin dapat mengesannya mempunyai beberapa kes yang belum selesai, lalu buat-buat sakit. Suspek ketika itu bersama 97 tertuduh lain yang dalam proses dokumentasi.

Suspek mengadu sesak nafas dengan wajah lemah dan pucat sebelum diasingkan ke unit rawatan dan kesihatan bagi memudahkan pegawai perubatan memeriksanya. Selepas menerima rawatan, suspek didapati tidak mempunyai simptom sakit dan diserahkan kepada pegawai kanan imigresen semula.

Bagaimanapun suspek terlebih dahulu diletakkan dalam bilik pemeriksaan badan lelaki sebelum berlaku proses serah terima.

Tidak lama selepas itu, kedengaran jeritan pegawai wanita mengatakan suspek melarikan diri dari tahanan dan pemeriksaan dalam bilik serah terima mendapati suspek sudah tiada.

Suspek meloloskan diri melalui tingkap kecil di bahagian bilik rawatan dan kesihatan. Dia dipercayai memanjat meja dan keluar melalui lubang angin bilik tersebut dengan tangan tidak bergari dan lari ke arah kebun kelapa sawit.

Suspek yang mempunyai rekod samun hotel bajet menggunakan parang selain membabitkan kes positif dadah, dipercayai mahu menuju ke Muar atau Pasir Gudang.

Kepada orang ramai yang ada info mengenai suspek moho buat laporan segera kepada pihak polis.

Leave a Reply