Input your search keywords and press Enter.

JENAYAH SIBER:PHISING

Phising adalah tindakan mencuri data diri / biodata anda, bermula dari nama penuh, tarikh lahir, nama ibu kandung, alamat anda ke nombor kad pengenalan anda. Tujuan dari phising ini adalah untuk mengakses akaun bank mangsa, ataupun untuk menyampaikan mesej yang bersifat fitnah menggunakan identiti mangsa. Phishing biasanya selalu berhubungan dengan SPAM iaitu dikenali sebagai SPAMMER.SPAMMER ini melancarkan serangan ke ribuan hingga jutaan mangsa melalui e-mel atau telefon yang mengaku sebagai pegawai insurans, pegawai bank, pihak yang menjalani kegiatan phishing ini boleh mengambil data menggunakan teknologi. Beberapa contoh dari kegiatan Phising ini ialah menggunakan facebook ID,akses akaun Paypal dan juga analisa akaun bank.

Cara cara mengelakkan menjadi mangsa Phising ialah seperti berikut:

  • Berhati-hatilah terhadap email yang meragukan, apabila pengguna internet mendapat e-mel yang meminta pergi kepada pautan yang lain dan memberitahu untuk mengisi maklumat peribadi.Pengguna disaran untuk menutup email tersebut ataupun terus padam email berkenaan.
  • Jangan gunakan password umum,  pengguna hendaklah mempunyai password yang belainan untuk setiap akaun dalam talian.Pengguna juga tidak digallakan untuk mengunakan password yang mudah seperti nama,tarikh lahir,ataupun apa apa yang berkaitan dengan butiran peribadi. 
  • Jika ingin melakukan login ke laman web apapun seperti Facebook,Twitter ataupun laman sesawang yang lain,pengguna disaran untuk menaip alamat URL pada browser ,cara ini lebih selamat dan boleh mencegah dari mengunjungi laman sesawang yang boleh menjerat pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *