Input your search keywords and press Enter.

SINDIKET YANG SERING MENIPU DALAM TALIAN

Sindiket penipuan dalam talian semakin bijak menggunakan pelbagai cara untuk menyakinkan mangsa menyerahkan wang mereka.Lebih membimbangkan apabila sindiket itu mempunyai butiran peribadi mangsa dan berani menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai bank untuk menyempurnakan penipuan mereka.

Rata-rata sindiket penipuan ini menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis, merakam keterangan mangsa dan meminta wang.Memang sukar untuk mengenal pasti sama ada ia adalah satu panggilan penipuan, tetapi apabila Scammer ini mula minta wang, itu tanda kita perlu menghentikan perbualan.orang ramai yang menerima panggilan oleh individu yang meragukan wajar menguji kesahihan pemanggil hingga mereka berasa takut.

Orang ramai perlu ingat bahawa mereka sentiasa mempunyai hak untuk bertanya. Siapa yang berada di talian? Siapakah nama anda? Siapakah Pegawai yang menjaga Daerah (OCPD) anda?” jika scammer itu menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan kerajaan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *