Input your search keywords and press Enter.

Stesen Wuduk OKU & Warga Emas

M Update, 4/3/2019 – Meskipun kebanyakan tempat awam disediakan kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), tetapi golongan terbabit tetap berdepan masalah hingga menyukarkan mereka menggunakannya tanpa dibantu orang lain.

Bagi mengatasi masalah itu, kini 20 masjid di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kedah disediakan stesen wuduk dilengkapi inovasi mudah diakses pada kerusi roda dan sistem aliran air secara menyeluruh bagi memudahkan OKU, warga emas dan wanita hamil melakukan sendiri.

Projek ini dibangunkan golongan terbabit kerana mereka tidak perlu berjalan jauh untuk ke tempat wuduk kerana ia ditempatkan di ruangan utama seperti pintu masuk masjid.

Kemudahan tempat wuduk itu menggunakan sistem air pancur berbilang arah bagi memastikan percikan air terkena kepada seluruh anggota kaki.

Kaedah ini adalah praktikal dengan binaan kukuh sekali gus tidak mengundang risiko ia terbalik terutama apabila dilanggar kerusi roda.

Sebelum ini golongan istimewa itu sukar mengambil wuduk sendiri. Oleh itu, kami melakukan inovasi untuk membangunkan stesen wuduk yang diberi nama Sahala, boleh diakses pada kerusi roda dan mempunyai sistem aliran air menyeluruh.

Reka cipta inovasi terbaru stesen wuduk Sahala yang membolehkan OKU mengambil wuduk sambil duduk sama ada di kerusi roda atau kerusi statik, iaitu tidak perlu di tempat mengambil wuduk seperti kelazimannya.

Selama ini kita memang ada kemudahan seperti cerun kerusi roda di tempat wuduk di kebanyakan surau, namun golongan terbabit terlihat terkial-kial menyempurnakan wuduk hingga kebanyakan pakaian mereka basah akibat percikan air.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply