Input your search keywords and press Enter.

UGUTAN CARA SINDIKET MACAU SCAM MENJERAT MANGSA

Kaedah gertak dan mewujudkan rasa panik pada mangsa adalah formula paling berkesan digunakan sindiket Macau Scam untuk memperdaya mangsa.Ugutan dibuat menyebabkan mangsa menjadi kelam-kabut sebelum diarah suspek yang menyamar sebagai polis supaya memindahkan wangke dalam akaun bank diberikan.

Malah, maklumat tepat mengenai mangsa disampaikan suspek menyebabkan mereka percaya individu yang menghubungi itu adalah polis atau pegawai institusi kewangan seperti didakwa.Ini kerana kebanyakan mangsa mengaku tidak pernah mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga yang dirasakan berpotensi menjadikan mereka sebagai mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Leave a Reply