Input your search keywords and press Enter.

SERANGAN HENDAP KOMUNIS KE ATAS KONVOI ASKAR MELAYU DI KONGKOI, JELEBU

Ketika Darurat Pertama (1948-1960), telah berlakunya satu serang hendap yang dirancang oleh Pengganas Komunis ke atas konvoi Kompeni C dari Batalion Pertama RAMD yang ketika itu diketuai oleh Mejar Ibrahim Alla Ditta (210). Kompeni C telah ditugaskan untuk mengambil alih kawasan operasi di Kuala Kelawang, Negeri Sembilan yang sebelum ini di pertanggungjawabkan ke atas Pasukan Gurkha.

 Kompeni C turut diberitahu bahawa telah berlaku dua buah kejadiaan di mana senjata yang digunakan oleh anggota keselamatan yang mengawal di kawasan Kenaboi, Negeri Sembilan telah dirampas. 8 April 1951, Mejar Ibrahim telah memilih seramai 12 anggota di bawah Koperal Yunus Salim untuk menyertai satu kumpulan platun No.7 yang diketuai oleh Lt. Muda Philcox di kawasan Titi, Kuala Kelawang. Selepas menyampaikan taklimat kepada anggota yang terlibat di dalam konvoi ini, beliau bersama Sarjan Mohd Yasin Tamin sebagai pembantu telah bergerak dengan menaiki dua buah Land Rover dan sebuah trak konvoi yang membawa 23 anggota serta turut diiringi oleh sebuah kereta perisai mula bergerak dari Titi, Kuala Kelawang pada jam 9:30 pagi.

Kenderaan yang mendahului konvoi adalah Land Rover yang dinaiki oleh Lt. Muda Philcox. Kenderaan perisai berada di kedudukan belakang di dalam konvoi yang menuju ke Pondok Polis Kenaboi. Ketika di dalam perjalanan, anggota di dalam konvoi ini melihat penduduk berbangsa Cina gembira sahaja apabila kad pengenalan diri mereka dirampas ini menyebabkan menimbulkan perasaan curiga dikalangan anggota-anggota konvoi namun tetap meneruskan perjalanan ke Kongkoi.

Pada pukul 11 pagi, ketika konvoi sedang melalui jalan yang berselekoh-lekoh dan disebelah kiri dan kanan jalan terdapat tebing, seorang anggota yang bernama Prebet Jantan mendengar satu tembakan di sebelah kiri hadapan konvoi dan tembakan seterusnya adalah di sebelah kiri bahagiaan belakang konvoi. Hal ini menyebabkan anggota di dalam kenderaan keluar dan terjun dari kenderaan masing-masing. Lt. Muda Philcox pengsan akibat terkena serpihan bom tangan. Turut terkorban ketika itu ialah Prebet Yub Ahmad Shohor iaitu gunner kereta perisai, pada ketika itu beliau cuba mengubah kedudukan senjata kereta perisai untuk dihalakan pada kedudukan pengganas. Prebet Jantan turun dari atas trak setelah pemandu trak menekan suis smoke.

Asap yang dilepaskan telah melindungi Prebet Jantan untuk mencari perlindungan di tepi tebing sebelah kiri. Ketika sedang berlindung, seorang pengganas telah bersedia untuk menembak Prebet Jantan. Pada masa yang serentak juga Prebet Jantan dan pengganas komunis melepaskan tembakan, tembakan pengganas komunis itu tadi telah menggores sedikit tengkuk Prebet Jantan manakala tembakan Prebet Jantan ke arah pengganas komunis telah tepat menghinggap ke dahi pengganas itu dan menyebabkan pengganas itu mati. Selepas itu, 2 lagi pengganas berjaya ditembak mati oleh Prebet Jantan. Ketika Prebet Jantan cuba mengubah kawasan perlindungan beliau, seorang anggota pasukan beliau telah pergi ke kawasan perlindungan beliau dan telah mati ditembak oleh pengganas. Prebet Jantan telah mengambil peluru milik rakannya yang terkorban dan telah mendapat keyakinan yang lebih tinggi selepas itu untuk terus bertempur. Pada masa yang sama, seorang pengganas telah mara untuk merampas senjata bren gun milik pasukan keselamatan namun telah berjaya ditembak mati oleh Prebet Abdul Rahman Abdul Rani. Prebet Jantan telah menggambil tugas sebagai ketua kumpulan daripada Leftenan Muda Philcox dan Koperal Yunus setelah mereka berdua tercedera, manakala Sarjan Mohd Yasin tidak lagi berada di kawasan petempuran. Sebagai prebet terkanan di dalam pasukan, beliau yang memimpin pasukan telah mengarahkan pasukan beliau untuk terus menembak dan menyerbu kedudukan penganas dari kiri dan kanan sehingga pengganas lari dari kawasan petempuran. Kemudian pasukan beliau telah mendapat bantuan daripada satu kumpulan Jungle Squad yang datang dari Kenaboi.

Hasil dari serang hendap yang dibuat oleh pengganas komunis ini telah menyababkan konvoi daripada Kompeni C, 1 Melayu ini telah kehilangan 6 anggota dan 7 lagi anggota tercedara. Manakala seorang mayat pengganas komunis telah ditemui. Pasukan keselamatan percaya mayat dan anggota komunis lain telah dibawa balik oleh rakan-rakan mereka.

Leftenan Muda Philcox telah dianugerahkan dengan pingat Military Cross (MC). Manakala Prebet Jantan dan Prebet Rashid telah dikurniakan pingat Military Medal (MM).

Leave a Reply