Input your search keywords and press Enter.

Kanak-kanak dirempuh keretapi masih belum sedarkan diri

M Update, 6/3/2019 – Seorang kanak-kanak yang dirempuh keretapi ketika sedang menolak basikalnya untuk pulang ke rumah petang di Tok Uban di sini semalam masih belum sedarkan diri selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Ibu saudaranya, Rohaida Yaakub, 35, berkata, Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9, yang sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika ini bergantung sepenuhnya kepada alat pernafasan.

Doktor juga mengesahkan Muhammad Amirul Hakimi perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk membuang ketulan darah yang ada di bahagian kepalanya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Muhammad Amirul Hakimi dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban ke rumahnya di Kampung Rasal selepas kelas mengikuti kelas Fardu Ain. Difahamkan ketika kejadian keretapi dari arah Tanah Merah menghala Tumpat.

Rohaida memberitahu, ketika sedang melintasi landasan bahagian belakang tayar basikal Muhammad Amirul Hakimi telah dirempuh keretapi. Katanya, ekoran kejadian itu Muhammad Amirul Hakimi telah terpelanting kira-kira tiga meter. Saya difahamkan sebelum kejadian menimpa Muhammad Amirul Hakimi sudah ada beberapa murid lain telah melintasi landasan itu,” ujarnya. –

Sumber : K! ONLINE

Leave a Reply