Input your search keywords and press Enter.

Mana Nak Lari??

M Update, 6/3/2019 – Lapan pekerja warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu di beberapa lokasi sekitar Sungai Petani selepas diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, semalam.

Dalam operasi bermula 11.30 pagi itu, seramai 124 warga asing diperiksa ketika sedang bekerja di kilang, pasar raya, dan premis kediaman.

Daripada jumlah itu, hanya lapan berusia antara 18 hingga 38 tahun ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan, iaitu enam lelaki Bangladesh dan masing-masing seorang lelaki Pakistan dan Myanmar.

Enam lelaki warga Bangladesh di tahan di sebuah kilang mereka bekerja. Bagaimanapun, ada di antara mereka yang cuba melarikan diri sehingga memaksa anggota bertugas mengejar kira-kira 100 meter di belakang kilang sebelum ditangkap.

Sementara, dua lagi warga Pakistan dan Myanmar ditahan di rumah sewa masing-masing.

Siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal lebih masa.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply