Input your search keywords and press Enter.

SEJARAH KEHADIRAN ASKAR GURKHA DI MALAYSIA BERSAMA DENGAN ANGGOTA KESELAMATAN DI MALAYA UNTUK MENENTANG KOMUNIS

Rakyat Nepal atau “Gurkha” mula hadir dalam sejarah negara ini sejak sebelum Merdeka lagi. Mereka mula menjejakkan kaki di Semenanjung (ketika itu dipanggil Malaya) pada tahun 1948.

Warga Nepal dibawa ke Malaya oleh British sebagai sebahagian daripada bala tenteranya. Askar British keturunan Nepal ini ditempatkan dalam unit khas yang dikenali sebagai Briged Gurkha’.

Briged Gurkha ditubuhkan di India pada tahun 1948 dan dihantar ke Malaya untuk menangani darurat.

Askar-askar Gurkha ini, walaupun bertubuh kecil tetapi sasa, memiliki sifat berani, berdisiplin, handal berperang dan kesetiaan yang tinggi. Bersama dengan askar tempatan, unit Gurkha berkhidmat di hutan memerangi komunis.

Keberanian dan kehandalan askar Gurkha tidak akan dilupakan oleh generasi selepas Perang Dunia Kedua.

Leave a Reply