Input your search keywords and press Enter.

Imigresen Rempuh Dinding Kerana PATI

M Update, 7/3/2019 – Jabatan Imigiresen Malaysia (JIM) Terengganu terpaksa merempuh dinding zink tapak pembinaan bagi menahan lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dalam serbuan Ops Bersepadu (Sapu), Kuala Terengganu, semalam.

Dalam serbuan 2.30 petang itu, warga asing berusia 30-an yang leka bekerja di tapak pembinaan rumah berkembar dua tingkat di kawasan perumahan KP Perdana, cuba melarikan diri selepas melihat kehadiran pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, anggota JIM Terengganu juga terpaksa berlari lebih 100 meter bagi menghalang cubaan beberapa warga asing yang melarikan diri bagi mengelak ditahan.

Pengarah JIM Terengganu, Rahim Hanafi berkata, operasi bermula pada 2 hingga 5.30 petang dilakukan di tiga lokasi membabitkan daerah Kuala Terengganu dan Marang.

120 pekerja asing diperiksa sebelum 24 daripadanya ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Semua yang ditahan terdiri daripada 11 warga Bangladesh, Indonesia (10 orang), Pakistan (dua) dan seorang warga Myanmar.

Semua warga asing berusia antara 22 hingga 50 tahun dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sumber:

Leave a Reply