Input your search keywords and press Enter.

Sindiket Kayu Bakau Tumpas

M Update, 7/3/2019 – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana disyaki menjalankan aktiviti mengeluarkan hasil hutan tanpa permit di kawasan Sungai Merotai, kelmarin.

Semua suspek berumur 15 hingga 40 tahun itu ditahan ketika cuba mengeluarkan kayu bakau menggunakan sebuah bot di kawasan terbabit pada jam 5.40 petang.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pemeriksaan mendapati bot tanpa nombor pendaftaran itu sarat muatan kira-kira 100 batang kayu bakau, disyaki dicuri dari kawasan sungai berhampiran.

Siasatan lanjut mendapati mereka tidak memiliki permit daripada Jabatan Perhutanan untuk mengeluarkan kayu bakau berkenaan.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30 (1) (g) Enakmen Perhutanan 1963 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply