Input your search keywords and press Enter.

Bahana Bom Ikan

M Update, 11/3/2019 – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki kerana disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Singamata, dekat Semporna, semalam.

Dua lelaki Bajau Laut masing-masing berusia 36 tahun itu ditahan dalam Ops Pensura kira-kira 5 petang.

Pemeriksaan ke atas bot menemui beberapa peralatan dan bahan letupan termasuk satu botol kaca berisi baja amonia, kit peledak dan satu kotak mancis kayu, dipercayai untuk aktiviti mengebom ikan.

Kedua-dua suspek ditahan dan barangan membuat bom ikan serta sebuah bot bersama enjin pam dianggarkan bernilai RM5,796 turut dirampas.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (b) Akta Bahan Letupan 1957 kerana kesalahan membuat atau memiliki atau di bawah jagaannya bahan letupan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih dari RM10,000 atau kedua-duanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply