Input your search keywords and press Enter.

Kerjasama TNB & JKR

TNBX Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) melaksanakan kajian daya maju untuk memasang bunumbung solar pada bangunan JKR di bawah Program Pembelian Tenaga Solar TNB. Kajian tersebut merupakan sati daripada lima bidang kerjasama memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh Pengarah Urusan TNBX, Ir Nirinder Singh Johl manakala JKR diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), Ir Kamaluddin Abdul Rashid.

Menerusi MoU itu, TNB akan melabur, mereka bentuk, memasang dan menyelenggara sistem fotovoltan solar (PV) di bangunan JKR sepanjang tempoh kontrak selama 20 hingga 25 tahun. Dengan pemasangan sistem bumbung PV dengan TNBX, JKR akan menikmati faedah bersih elektrik pada kos sifar modal terdahulu. JKR juga akan dibilkan bagi elektrik yang dijana daripada sistem PV solar pada kadar yang lebih rendah daripada tarif elektrik biasa TNB.

Di samping itu, JKR boleh menjual sebarang tenaga yang berlebihan yang dijana daripada PV solar kembali ke TNB di bawah Skim Meter Tenaga Bersih (NEM). Justeru itu, menerusi Program Pembelian Tenaga Solar TNB ini, JKR akan memperoleh manfaat daripada elektrik bersih untuk memenuhi sasaran pengurangan karbon tanpa membabitkan sebarang modal dan meraih keuntungan daripada penjimatan kos elektrik secara keseluruhan dengan minimum risiko.

Mengulas mengenai MoU berkenaan, Ir Nirinder berkata, kerjasama ini sebagai kerja berpasukan dua entiti yang berminat untuk menangani isu pengurusan tenaga dan ā€œdiharapkan, inisiatif ini akan meningkatkan kesedaran untuk keperluan yang lebih besar bagi pengurusan tenaga di Malaysia.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bekerjasama dalam empat bidang lain iaitu Promosi Teknologi Hijau, Negara Pintar, Operasi Ketepatan dan Kecemerlangan Penyelidikan. TNB menyasarkan untuk menjana 1,700MW tenaga diperbaharui (RE) menjelang 2025 selaras dengan sasaran kerajaan menjana 20 peratus sumber RE pada 2030.

 Berita Harian.

Leave a Reply