Input your search keywords and press Enter.

Kertas siasatan himpunan LGBT dibuka

M Update, 11/3/2019 – Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan haram golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu kota sempena Women’s March, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan memanggil penganjur acara itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Kita sedang mengenal pasti dan akan memanggil penganjur dalam masa terdekat berikutan sudah menerima laporan polis terhadap perhimpunan terbabit yang dilakukan tanpa permohonan. Sesiapa yang mahu mengadakan perarakan perlu memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah berikutan kita tidak mahu perarakan (tanpa permit) mengganggu aktiviti orang lain.

Mereka kena faham apabila nak berkumpul, ini akan menjejaskan pergerakan aktiviti orang lain dan lalu lintas, jadi kena buat laluan alternatif (jika perhimpunan ada permit), ” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Kedah yang baharu, Datuk Zainuddin Yaacob bagi menggantikan Datuk Abd Rahim Jaafar, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organization (WAO), Sisters in Islam (SIS) dan penyokong LGBT menyertai perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, dipercayai tidak mendapat kebenaran polis.

Pada masa sama, Noor Rashid berkata, polis akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara selepas keterangan diambil daripada penganjur yang bertanggungjawab sebelum tindakan susulan dibuat membabitkan aspek pertuduhan.

Sumber : BH Online

Leave a Reply