Input your search keywords and press Enter.

Parlimen – Ucapan YDPA akan jadi tumpuan

M Update, 11/3/2019 – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 bermula hari ini.

Seluruh negara bakal tertumpu kepada titah ucapan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah majlis pagi ini yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen dan ‘live stream’ di Internet.

Ini adalah ucapan sulung Seri Paduka sejak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari tahun ini.

Baginda dijadual menyempurnakan istiadat perasmian 10 pagi di Dataran Parlimen, kemudian berangkat untuk menyampaikan titah perasmian di Dewan Rakyat.

Persidangan kali ini dijangka menarik dengan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berhubung langkah kerajaan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan hak asal Sabah dan Sarawak.

Parlimen juga mencipta sejarah apabila ahli Parlimen Orang Asli pertama iaitu ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah Selasa ini.

Beliau dipilih ke Dewan Rakyat setelah memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan itu Januari lalu. Dalam pada itu, trafik menuju ke Parlimen pagi ini dilaporkan lancar. Sesi kali ini akan bersidang selama 20 hari sehingga 11 April.

Leave a Reply