Input your search keywords and press Enter.

Penggajian dari Singapura tidak dikenakan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah menyatakan bahawa penggajian rakyat Malaysia yang diterima dari Singapura atau bukan berpunca daripada penggajian yang dilakukan di Malaysia berikutan hasil daripada penggajian negara luar tidak akan dikenakan cukai dalam negara Malaysia. Menurut beliau, pendapatan yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) adalah pendapatan berpunca daripada Malaysia seperti punca perniagaan atau penggajian.

Selain itu, individu yang menetap di Malaysia melebihi tempoh 183 hari, individu tersebut dianggap mempunyai status pemastautin bagi maksud percukaian di Malaysia di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Dalam erti kata lain, sekiranya individu ini tidak menerima apa-apa pendapatan berpunca dari Malaysia dan hanya menerima pendapatan penggajian dari Singapura, atau negara lain maka individu tersebut masih lagi tidak dikenakan cukai di negara ini dan Status permastautin seseorang individu di Malaysia tidak akan menyebabkan semua pendapatan yang diterima itu secara automatik tertakluk kepada undang undang percukaian di Malaysia

Menurut beliau, sebarang punca pendapatan daripada luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia juga adalah dikecualikan cukai di bawah Perenggan 28,Jadual 6, ACP 1967.

Leave a Reply