Input your search keywords and press Enter.

Serah Diri Sebab Lapar

M Update, 11/3/2019 – Sangat memudahkan tugas pasukan ronda Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5RS) apabila seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) kelaparan dan terlalu lemah menyerah diri ketika cuba menyeludup masuk ke negara ini berhampiran Bukit Tangga, semalam.

22 PATI warga Myanmar terbabit ditahan pasukan ronda Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5RS) dalam dua kejadian berasingan di kawasan bukit laluan batas paip berhampiran Pos 1 dan 2.

Selepas dikepung, PATI terbabit menyerah diri dan gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah, selain tiada yang cuba melarikan diri berikutan keadaan mereka sangat lemah dan kelaparan.

Kesemua mereka dipercayai menempuh perjalanan jauh, termasuk merentasi bukit untuk sampai ke sempadan negara. Kesemua PATI berusia antara 14 hingga 53 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply