Input your search keywords and press Enter.

Ikat anak pada ‘stroller’, kemudian tolak ke laut

M Update, 12/3/2019 – Seorang lelaki warga Jordan mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun dengan cara mengikat mangsa pada kereta sorong bayi, sebelum menolaknya ke laut.

Wael Nabil Salman Zureikat mengaku melakukan perbuatan keji itu selepas bertengkar dengan isterinya di pusat peranginan popular tepi pantai, Pattaya.

Dia ditahan polis Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan), hari ini.Suspek dipercayai mahu meninggalkan Thailand untuk pulang ke Jordan.

Penahanan Wael Nabil susulan penemuan mayat seorang kanak-kanak warga asing dipercayai pelancong, yang ditemui dikait pada kereta sorong bayi dan terapung di laut berhampiran pelabuhan Laem Bali petang semalam.

Ketika disoal siasat, Wael Nabil mengaku membunuh darah dagingnya pada Jumaat lalu. Pelaku berang kerana isterinya tidak memberi perhatian penuh pada anak mereka. Dia sering menjaga mangsa seorang diri.

Setiap kali pelaku mengadu mengenai perkara itu, isterinya naik berang sehingga membawa kepada pertengkaran,” kata polis. Wael Nabil kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Media tempatan tidak melaporkan sama ada isterinya turut berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ketika dia ditahan.

Sumber :  Agensi, Astro Awani

Leave a Reply