Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan kaji penjawat awam sertai sektor swasta

Kerajaan sedang meneliti kaedah terbaik untuk memindahkan penjawat awam ke dalam sektor swasta. Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr. Mahathir berkata kerajaan  sedang merangka pilihan untuk memindahkan pegawai-pegawai kerajaan ke sektor tersebut. Selain daripada memindahkan penjawat awam ke dalam sektor swasta, kerajaan juga mempunyai pilihan untuk menswastakan beberapa jabatan dalam kerajaan.

Ujar Tun Mahathir, sepertimana Telekom Malaysia pernah ditukar kepada swasta  dan pemindahan pekerja berlaku. Seandainya penjawat awam ingin masuk Telekom, atau terus berkhidmat dalam kerajaan pun dibenarkan akan tetapi ada syarat iaitu, kalua terus bersama kerajaan, pegawai-pegawai tersbut perlu akur dengan gaji kerajaan tetapi, jika mereka melihat gaji dalam syarikat itu lebih tingi maka……

 Initiatif kawalan saiz perkhidmatan awam bukan perkara baru dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan bahawa ia merupakan kesinambungan daripada usaha merasionalisasikan saiz perkhidmatan awam yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008.

Merujuk kepada Surat Edaran JPA bertajuk Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam bertarikh 26 Disember 2018, JPA ingin memaklumkan bahawa initiatif kawalan saiz Perkhidmatan Awan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam pada 23 Oktober 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah perkara baharu.

Leave a Reply