Input your search keywords and press Enter.

Real lantik semula Zidane ganti Solari

M-Update,12/3/2019, MADRID: Real Madrid melantik semula Zinedine Zidane sebagai jurulatih kelab itu dengan kontrak tiga tahun menggantikan Santiago Solari yang dipecat sejurus impian kelab itu mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara musnah dalam masa seminggu. Zidane ketika menggalas tugas sebagai jurulatih sudah menjulang tiga gelaran Liga Juara-Juara sebelum berundur Mei tahun lalu dan menyaksikan penggantinya Julen Lopetegui dipecat pada Oktober dan disusuli Solari yang hanya bertahan empat bulan.

Madrid tersingkir di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di tangan Ajax Amsterdam Selasa lalu dan lebih malang turut kalah dua kali di tangan seteru Clasico,  Barcelona dalam perebutan Piala Raja Sepanyol dan aksi liga sekali gus menyaksikan Real kini ketinggalan 12 mata.”Perubahan akan berlaku, dengan banyak cara, kita perlu mengubah banyak perkara pada tahun akan datang,” kata Zidane kepada sidang media di Santiago Bernabeu sejurus menandatangani kontrak hingga Jun 2022.

“Perkara penting ketika ini ialah saya sudah kembali ke sini dan inilah masanya kita berbincang apa yang perlu dilakukan. Buat masa ini, ia bukan isu, kami ada 11 lagi perlawanan.”Real bakal berdepan Celta Vigo dalam aksi La Liga di Bernabeu minggu ini.

Real bagaimanapun menawarkan Solari kekal di Madrid dengan peranan berbeza jika ia mahu meneruskan karier bersama di Bernabeu. – Reuters

Leave a Reply