Input your search keywords and press Enter.

SK Tanjung Puteri Resort pula diarah tutup

M Update, 12/3/2019 – Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, di sini diarah dikosongkan dan ditutup buat sementara waktu susulan beberapa muridnya mengalami sesak nafas, dipercayai mempunyai kaitan dengan pencemaran gas metana.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata beliau dimaklumkan seramai lapan murid sekolah berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut. Katanya, terdapat beberapa lagi murid dirawat di dewan sekolah berkenaan selepas turut mengadu mengalami simptom sesak nafas.

SK Tanjung Puteri Resort sudah diarah dikosongkan dan ditutup buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan guru dan murid di sekolah berkenaan. Sehingga kini hanya SK Tanjung Puteri Resort dilaporkan sekolah terbaharu yang terjejas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan seramai 1,400 pelajar dan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan SK Pasir Putih, di sini, diarahkan mengosongkan kawasan sekolah itu kira-kira jam 10.30 pagi apabila beberapa pelajar muntah dan pengsan selepas terhidu gas metana.

Dua sekolah berkenaan yang dibuka kembali semalam, bagaimanapun diarah pihak bomba untuk ditutup semula berikutan beberapa pelajar mengadu sesak nafas, dipercayai akibat terhidu sisa bahan kimia.

Sumber : BH Online

Leave a Reply