Input your search keywords and press Enter.

Taman Botani Negara ditutup hingga 31 Mac

M-Update,12/3/2019, SHAH ALAM: Taman Botani Negara di Bukit Cerakah di sini, ditutup kepada pengunjung sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemulihan dijalankan susulan ribut yang melanda . Pegawai Perhubungan Awam Taman Botani, Nurul Wardina Abdullah, berkata ribut turut menyebabkan tiga rusa dewasa mati, selain banyak pokok tumbang serta kerosakan kemudahan tapak aktiviti riadah.

“Sebuah kenderaan turut rosak teruk di cermin depan tetapi anggaran kerugian keseluruhan belum diperoleh,” .Nurul Wardina berkata, seramai 80 petugas Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan kakitangan Taman Botani terbabit dalam kerja pembersihan dan pemulihan itu.

“Taman Botani ditutup untuk memastikan keadaan benar-benar pulih demi keselesaan serta keselamatan pengunjung,” katanya.Sementara itu, tinjauan BH mendapati tapak aktiviti sukan lasak Skytrex dan taman haiwan turut rosak teruk.

–Bharian

Leave a Reply