Input your search keywords and press Enter.

Elaun makanan Tabika, Taska KEMAS diteruskan

M-Update,13/3/2019, KUALA LUMPUR: Tiada pengurangan atau pemotongan peruntukan untuk elaun makanan bagi murid Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, berkata dakwaan menyatakan berlaku pemotongan elaun makanan itu adalah tidak betul sama sekali.

Katanya, bajet untuk makanan Tabika dan Taska KEMAS masih diteruskan seperti biasa.“Bajet untuk keperluan makanan pelajar Tabika dan Taska ini akan terus disalurkan,” katanya menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (BN-UMNO Paya Besar) mengenai kebimbangan ibu bapa dengan peruntukan makanan di Tabika dikurangkan daripada RM2.50 kepada RM1.50.

Menjawab soalan tambahan Mohd Shahar mengenai nasib pekerja KEMAS berstatus kontrak, beliau berkata pekerja kontrak yang sudah berkhidmat selama 15 tahun boleh dipertimbangkan untuk diserapkan dalam perkhidmatan.Terdahulu menjawab soalan asal Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-DAP Batu Gajah) mengenai pengubahsuaian dan penstrukturan semula menepati fungsi KEMAS, katanya, penstrukturan itu adalah memenuhi aspirasi rakyat bertujuan menaiktaraf kualiti hidup masyarakat luar bandar.

–BHarian

Leave a Reply