Input your search keywords and press Enter.

Wanita letup diri

M Update, 13/3/2019 – Seorang wanita dipercayai isteri kepada anggota militan Daish nekad meletupkan diri sendiri yang turut mengorbankan anaknya ketika rumah mereka diserbu polis dalam kejadian di Sumatera Utara, Indonesia semalam.

Straits Times melaporkan, polis mengepung rumahnya di bandar Sibolga selepas menahan seorang lelaki dipercayai suaminya dikenali sebagai Husain atau Abu Hamzah.

Jurucakap polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, bom itu dipercayai diletupkan oleh wanita terbabit dan ia turut mencederakan seorang anggota polis yang cuba masuk ke dalam rumah.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, seorang wanita dan anaknya mati dalam kejadian itu. Kami masih belum berjaya masuk ke dalam rumah kerana mungkin masih terdapat bahan letupan yang boleh mengancam nyawa pegawai polis,” katanya. Ketua Polis, Tito Karnavian menjelaskan, Husain dipercayai menjadi anggota rangkaian kumpulan militan Daish di Iraq dan Syria.

Sumber : HM Online

Leave a Reply