Input your search keywords and press Enter.

Abang ‘H’ Berlagak Samseng

M Update, 14/3/2019 – Akibat berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya, seorang lelaki berlagak seperti samseng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran sebuah masjid di Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia 37 tahun meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di lokasi berkenaan sebelum ia dihalang kereta lelaki terbabit. Sumber berkata, mangsa yang menaiki kereta Proton Savvy meminta suspek mengalih kereta yang menghalang kenderaannya untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang sedang bersembang dengan seorang wanita di situ tidak mengendahkan permintaan mangsa terbabit. Katanya, mangsa sekali lagi meminta suspek yang menaiki kereta Honda itu untuk mengalihkan kenderaannya, namun lelaki itu bertindak menengking mangsa.

Lelaki itu turut bertindak agresif membuka pintu kereta mangsa lalu mencekik dan meletakkan lutut di dada mangsa. Mangsa keluar dari keretanya, namun ditumbuk lelaki terbabit pada bahagian muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa yang pening akibat serangan itu memeluk lelaki terbabit dari arah belakang, suspek pula terus menumbuk mangsa berkali-kali. Sebelum beredar, lelaki itu sempat mengambil gambar kereta mangsa,” katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan rakaman gambar ketika suspek menyerang mangsa turut tular selepas dimuat naik di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply