Input your search keywords and press Enter.

LABUR US$7 JUTA UJI KESESUAIAN TEKNOLOGI LOJI TENAGA MAYA DI MALAYSIA.

TNB Research iaitu anak syarikat Tenaga Nasional Berhad serta konsortium Korea iaitu I-ON Vomunications, Busan City Gas serta KH Shinhwa SnC akan melabur sebanyak AS$7 juta bersamaan RM28.63 juta bagi tempoh 3 tahun untuk melaksanakan ujian teknologi Loji Tenaga Maya di Malaysia.

Ujian teknologi itu bertujuan mengawalselia bekalan elektrisiti dengan baik menerusi sumber boleh diperbaharui apabila permintaan dari grid nasional memuncak. Cara ujian dilakukan adalah dengan menempatkan 5 storan simpanan bateri di kolasi berasingan kawasan Lembah Klang.

Bateri ini bukan sahaja mempunyai kapasiti sehingga 1 megawatt ini akan dihubungkan dengan grid TNB, malah ia boleh digunakan sebagai simpanan bekalan dan sandaran eletrik sekiranya permintaan eletrik melebihi bekalan.

Sekiranya ujian tersebut berjaya dilaksanakan selepas tiga tahun, TNB Reseach berhasrat mengkomersilkan storan simpanan bateri ini untuk kegunaan industri dan komersil.

Teknologi baharu seperti loji tenaga maya, meter lindah dan grid pintar telah membuka lembaran besar dalam sektor utiliti dan sudah tentu bukan sahaja TNB Research, malah syarikat-syarikat lain juga tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkannya.

Leave a Reply