Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Kimia – 5 Pusat MUET Ditutup

M Update, 14/3/2019 – Lima pusat ujian bertulis Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di Pasir Gudang, Johor ditutup susulan insiden pencemaran sisa bahan kimia di sekitar kawasan berkenaan sejak Khamis lalu.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan ujian bertulis MUET sesi 1 yang dijadualkan pada Sabtu ini ditunda pada 6 April.

Lima pusat ujian itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 2, SMK Taman Daya, SMK Taman Johor Jaya 1 dan Politeknik Ibrahim Sultan.

Calon yang terbabit boleh menduduki ujian di pusat yang sama tanpa sebarang caj tambahan.

Sebarang maklumat lanjut, calon boleh menghubungi MPM di talian 03-61261662 / 03-61261666 atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

Sumber : Bernama

Leave a Reply