Input your search keywords and press Enter.

Insiden Tembakan Di NZ : Lelaki Akan Didakwa Esok

Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush.

M Update, 15/3/2019 – Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush berkata hari ini, 49 orang terbunuh dalam serangan dua masjid di Christchurch manakala seorang lelaki daripada empat individu yang ditahan, didakwa kerana membunuh.

Beliau berkata, sehingga seramai 41 orang maut dalam satu masjid, tujuh di masjid kedua manakala seorang mangsa meninggal dunia di hospital, menyifatkan serangan sebagai ‘dirancang dengan baik.’

Lelaki yang didakwa itu berusia lewat 20-an dan akan dihadapkan di mahkamah Christchurch pagi esok (Sabtu), tambahnya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply