Input your search keywords and press Enter.

InvestKL Menarik 78 Pelabur MNC

InvestKL menarik 78 syarikat multinasional (MNC) dengan jumlah pelaburan keseluruhan bernilai RM11.7 bilion daripada tahun 2011 sehingga 2018. InvestKL menyasarkan untuk menarik 13 syarikat MNC dengan kekal focus kepada pelaburan bernilai besar, berkemahiran tinggi dan berinovasi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti dalam Malaysia.

Walaupun berdepan dengan pertumbuhan ekonomi global perlahandan ketegangan dagangan Amerika Syarikat–China, pelaburan dalam rancangan masih lagi kekal berdaya tahan kerana pelaburan ini dijalankan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, InvestKL yakin untuk menarik lebih banyak pelabur pada tahun ini.

Tahun 2018, InvestKL berjaya menarik 12 MNC dengan kelulusan pelaburan berjumlah RM2.3 bilion dan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 1,339 dan senarai MNC tersebut ialah Orange(Perancis), MetLife(AS), Elektrolux(Sweden), EY(United Kingdom) serta Zalora(Jerman).

Tahun ini pula, InvestKL menumpukan perhatian untuk menarik MNC dari Amerika Syarikat, Eropah, China, Jepun dan Korea Selatan kerana negara-negara tersebut memiliki pertumbuhan kukuh dalam sektor sasaran InvestKL terutamanya dalam teknologi pintar, teknologi pengguna, e-dagang, peralatan perubatan, perindustrian automotif, tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

Leave a Reply