Input your search keywords and press Enter.

UniMAP – Makanan Percuma

M Update, 18/3/2019 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyediakan makanan percuma untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin sepanjang minggu peperiksaan bermula 27 Mei ini.

Ini bagi memastikan penuntut universiti itu mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh ulang kaji dan peperiksaan.

Inisiatif terbabit akan dimulakan pada semester ini membabitkan 550 penuntut dengan masing-masing diberikan kupon makanan bernilai RM5 setiap seorang sehari.

Berdasarkan maklumat yang diterima, ada di kalangan pelajar ini sanggup berkorban dan menggunakan wang pinjaman atau zakat yang diperoleh untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung.

Kebiasaannya, musim peperiksaan adalah pada penghujung semester dan ketika ini sebahagian besar pelajar ini sudah kekurangan wang, justeru inisiatif yang diambil ini di harap dapat membantu pelajar B40 dan asnaf kekal bertenaga menghadapi peperiksaan.

Tindakan itu dilakukan berikutan pelajar daripada keluarga B40 dan terpaksa berjimat-cermat demi meneruskan kelangsungan hidup.

Mulai semester hadapan, UniMAP bakal menyediakan skim penginapan percuma kepada 10 asnaf terpilih setiap tahun.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply