Input your search keywords and press Enter.

Mahkamah khas sita harta bekas suami culas beroperasi Mei depan

M Update, 19/3/2019 – Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei depan, mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata kuasa undang-undang yang diperuntukkan kepada mahkamah khas syariah itu adalah antara perkara terkandung dalam Kertas Kabinet yang dijadual dibentangkan kepada jemaah menteri bulan depan.

Katanya, Kertas Kabinet itu kini di peringkat akhir penilaian termasuk mendapatkan input dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Kertas Kabinet ini antara lain akan memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas syariah ini menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri. Kita komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri,” katanya.

Inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selain membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali.

Sumber : BH Online

Leave a Reply